KARBOHIDRAT
Karbohidrat
menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh
manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula,
glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu
dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak
terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
PROTEIN
PROTEIN
Protein
mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran
pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
LEMAK
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Galian
Zat
galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada
pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan
unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti
hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia
juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
e) Vitamin
Vitamin
adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia
membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein,
karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam
penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system
saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral
tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari
tubuh.
f) Serat
Serat
atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak
sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran
merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat
penting untuk minum banyak air.
Makanan
berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien
untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan
tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan
ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga
menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada
peringkat remaja.

No comments:
Post a Comment